Georg von Küchler
Georg von Küchler

Georg von Küchler

Georg Karl Friedrich Wilhelm von Küchler (30 Mei 1881 – 25 Mei 1968) adalah seorang Fil Marsyal Jerman dan penjenayah perang semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Tentera Darat Ke-18 dan Kumpulan Tentera Darat Utara semasa perang Soviet-Jerman tahun 1941–1945.Selepas perang berakhir, beliau telah dibicarakan dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, sebagai sebahagian daripada Perbicaraan Nuremberg Terkemudian. Pada 27 Oktober 1948 Küchler telah dihukum penjara 20 tahun kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan di Soviet Union. Beliau telah dibebaskan pada 1953.

Georg von Küchler

Pangkat Generalfeldmarschall
Anugerah Knight Cross berserta Daun Oak
Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Tahun perkhidmatan 1900 – 1944
Unit Artileri
Kesetiaan
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II: Pertempuran Belanda, Pertempuran Perancis, Pengepungan Leningrad
Meninggal dunia 25 Mei 1968(1968-05-25) (umur 86)
Garmisch-Partenkirchen, Jerman
Arahan
Kelahiran (1881-05-30)30 Mei 1881
Istana Philippsruhe di Hanau, Hesse-Nassau

Berkaitan